Tuesday, July 7, 2009

Nota Kuliah 4

Aktiviti fizikal dan permainan kanak-kanak asuhan dan prasekolah

Kepentingan aktiviti fizikal

* Membantu pertumbuhan tubuh badan
* Menguasai kemahiran fizikal dan meningkatkan keupayaan pergerakan
* Keseronokan
* Membantu meningkatkan daya kecergasan
* Bersosialisasi dan bersifat positif

Strategi mengajar perkembangan kemahiran fizikal

1. Psikomotor halus
- menggunakan pelbagai bahan
- menggunakan peralatan kecil
Menguasai kemahiran motor halus otot leher
Menguasai motor halus kordinasi jari, mata, tangan

2. Psikomotor kasar
- pergerakan binatang
- bergerak mengikut rentak muzik
- permainan kecil
- asas gimnastik
Menguasai kordinasi mata dan kaki
- mengimbang badan
- menggunakan alatan
Menguasai kordinasi mata dan tangan
- membaling, menyambut dan melantun menggunakan alatan
- menguasai kordinasi anggota badan

Nota Kuliah 3

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL

Aktiviti fizikal

Kesan suatu daya otot rangka yang menyebabkan kegunaan tahap tenaga yang lebih tinggi ketika sistem badan sedang berehat

Kecergasan fizikal - kesihatan

Setiap ciri-ciri kecergasan mempunyai perkaitan khusus untuk kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit hipokinetik.

Kecergasan fizikal- kecergasan

Berkait rapat dengan melakukan kemahiran motor

Faktor penting kecergasan fizikal

Sebahagian daripada kecergasan keseluruhan
Banyak komponen dan setiap satu ada pengkhususan
Mengurangkan penyakit hipokinetik
Berlandaskan kemahiran – kecergasan motor/kesukanan
Kesihatan optimum
Membantu kesihatan fizikal yang positif

Faedah kecergasan fizikal

Mengurangkan penyakit koronari arteri
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan penyakit kanser kolon dan kanser organ pembiakan
Mengurangkan kepatahan tulang dan osteoporosis
Mengelak rasa tertekan
Mempertingkat keupayaan kardiorespiratori
Memperbaiki rangka tulang
Memperbaiki dan mengawal berat badan
Memperbaiki kesihatan dan jangka hayat hidup
memperbaiki kecergasan fizikal diri

Aktiviti kecergasan

Senaman tulang belakang
Senaman abdomen
Senaman tangan dan lengan
Senaman kaki dan kardiovaskular
Senaman kelembutan badan

Nota Kuliah 2

KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN

* Di sekolah
* Di rumah
* Di tempat awam

Kesejahteraan sempurna kanak-kanak

Faktor-faktor yang bersabit kesejahteraan
-pemakanan dan kawalan berat badan
-tekanan dan ketegangan
-bertenang / merehatkan diri
-salah gunaan
-keselamatan personal

Gaya hidup
Kunci untuk kesihatan yang baik

Emosi dan kesejahteraan sosial
- mempengaruhi semua aspek kehidupan

Identiti Personal
Memberi sumbangan terhadap sekolah, keluarga, masyarakat dan dunia.

Personaliti
Bergantung kepada pengalaman hidup seseorang

Konsep kendiri
Positif
Negatif

Ciri-ciri fizikal
Berkaitan dengan fizikal seperti cergas bergerak

Keutamaan dan sikap

Mengikut pengalaman
Gaya hidup
Diet dan pemakanan
Kesihatan diri
Rehat
Pengaruh rakan
Keagamaan / spiritual
budaya

Kematangan emosi

Mengawal emosi
Memahami diri sendiri
Menerima kelemahan dan kekuatan diri
Sentiasa positif

Keselamatan

* Melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi perlindungan kepadanya
agar hidup sejahtera, melindungi daripada sesuatu yang bahaya menimpa diri
seseorang individu
* Mengelak keadaan yang membawa kemalangan

Kesejahteraan emosi

Mengetahui emosi dengan mengenalpasti perasaan

Nota Kuliah 1

KONSEP KESIHATAN KANAK-KANAK ASUHAN DAN PRASEKOLAH

Definisi kesihatan

Dubos (1968)-Kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental,
spiritual, dan kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan
berpandukan persekitaran.

WHO 1940-an- Health is the state of complete physical, mental, and social
well-being, not merely the absence of disease or infirmity

Dimensi kesihatan

Enam dimensi:-
Kesihatan fizikal
Kesihatan sosial
Kesihatan mental
Kesihatan emosi
Kesihatan persekitaran
Kesihatan spiritual

Konsep kesihatan holistik

☻ Memperseimbang dan menyatupadukan aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual:
☻ Menghormati, mewujudkan perhubungan dengan orang lain dan dengan persekitaran;
☻ Memilih gaya hidup sihat; dan
☻ Menyertai secara aktif dalam pemilihan kesihatan dan dalam proses mengubati.

Rangka Kursus

NAMA KURSUS : KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI
(Health, Safety and Nutrition)
KOD KURSUS : KAP1093
KREDIT : 3 ( 2 +1 )
SLT : 120 jam
PRASYARAT : Tiada
SEMESTER : Pertama/Kedua

HASIL PEMBELAJARAN :
1. Mengenal pasti dan menghuraikan definisi dan konsep kesihatan, nutrisi dan
keselamatan kanak-kanak( K4 )

2. Menilai persekitaran yang selamat dan sihat untuk perkembangan kanak-kanak (A3)

3. Merancang nutrisi mengikut keperluan seseorang kanak-kanak ( K5)

4. Menulis pengajaran dan pembelajaran yang menitikberatkan keselamatan ( P7)

5. Mengkategorikan dan melaksanakan pertolongan cemas ( A5)

6. Menyelesaikan masalah kesihatan dan keselamatan kanak-kanak secara bersama


SINOPSIS : Kursus ini menumpukan definisi dan konsep kesihatan,
keselamatan dan nutrisi kanak-kanak di pusat asuhan atau
penjagaan. Kursus ini juga menekankan perancangan dan
penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat di rumah dan
di pusat asuhan; kriteria dan faktor kesihatan, keselamatan
dan nutrisi kanak-kanak yang sesuai dan pengendalian
pertolongan cemas semasa berlaku kecemasan dan kemalangan,.


KANDUNGAN :1) Mengenal pasti dan menghuraikan definisi dan konsep
kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak
2) Memerhati, menilai dan merekod kesihatan kanak-kanak
3) Menjelaskan punca-punca penyakit dan pencegahannya
4) Mengenal pasti dan menghuraikan definisi dan konsep
pemakanan dan nutrisi kanak-kanak
5) Mengenal pasti dan menghuraikan definisi dan konsep
keselamatan kanak-kanak
6) Merancang dan mengaplikasikan keselamatan dalam kurikulum
7) Mengkategorikan dan melaksanakan pertolongan cemas bagi
kanak-kanak
8) Merancang dan mengaplikasi keselamatan di taman asuhan

JUMLAH 42 JAM

PENILAIAN : Kerja Kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%

RUJUKAN : Marian Beaver et al ( 2001). Babies and young children: Diploma in
Child Care and Education. United Kingdom: Nelson Thornes Ltd.
Alison Mitchell ( 2001 ). A Foundation Course in Child Care &
Education. The British Library.

Golden Paterson &Vivien J. Armstrong, Penterjemah: Hamdan Mohd.
Noor.(2004). Panduan asas Pertolongan Cemas.(Jemahan). Johor:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Pamella Minett dan Heather Gunstone ( 2004). Child Care &
Development. Sydney: Pearson Longman.

Marilyn Segal et al ( 2006 ). All About Child Care & Early
Education: A Cpmprehensive Resource For Child Care Professionals.
United States: Pearson Education, Inc.

Lynn Paker ( 2006). How to Keep Young Children Safe. London: David
Fulton Publishers.

Thursday, July 2, 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Objektif Pendidikan prasekolah

Untuk membolehkan murid :

i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk
menjadi warganegara yang bersifat patriotik
ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran
berbahasa untuk berkomunikasi
iii. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang mengguna bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
x. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.